makan jangan membazir tau...

makan jangan membazir tau...

Monday, December 28, 2009

sekolah dah dekat nak buka.......

Salam semua. Tak sabar nak pergi sekolah semula. . Semua alat tulis ayah dah beli. Bestnya. Ada kasut baru, stokin baru, baju baru.... semua baruuuuu.....

Friday, December 11, 2009

welcome to terengganu

assalamualaikum nendemin.Bila nak datang ke terengganu.Boleh bihah belanja nenda makan nasi dagang terengganu.ok jumpa di terengganu.

Thursday, December 10, 2009

pantai cendering

assalamualaikum. pagi ini kami pergi ke pantai cendering. mak masak mee goreng dan kerepok. kami sarapan pagi di pantai. best sangat. nenda min nak ikut tak?

Wednesday, December 9, 2009

ambil kak jibah

Salam . semalam ikut ayah ambil kak jibah diasrama. dia telah habis periksa spm.banyak sangat barang-barangnya sampai penuh belakang kereta. ada baldi, kotak, beruang besar, macam-macam benda lagi. ayah kata kak jibah nak jual  dekat pasar borong. oklah. bye,bye...nenda min. bye, bye makcik seroja.

Tuesday, December 8, 2009

adik saya menangis





Assalamualaikum semua. ini gambar adik kecil saya. dia menangis. nak tahu sebab apa dia nangis? dia nak makan ayam goreng dekat KFC. mak tak bagi sebab dia tiada gigi  lagi. saya sokong adik saya sebab saya pun nak makan ayam goreng juga.....

Monday, December 7, 2009

ejaan biar betul-betul

Assalamualaikum . saya nak bagi pesan ni. tolong tulis ejaan penuh saya tak faham ayat ringkas.susah saya nak baca.jangan marah sebab saya masih kecil lagi. bye,bye

hai nenda min

assalamualaikum.hai nendamin .kenapa tak ajak bihah sama.seronoknya nendamin tengok.sorang-.sorang.

Sunday, December 6, 2009

selamat hari jadi nenda min

Salam nenda min. Berapa umur nenda? Selamat hari jadi dari kak bihah dan nawwa. Hari ini kami ke klinik kerana adik batuk.- batuk . Doktor bagi ubat.Saya tengok ayah bagi duit pada doktor.

Saturday, December 5, 2009

salam nenda min

Salam nendamin. .Nenda ada dekat mana? Bila.nak.jumpa bihah?.Bila hari jadi nendamin?Ok. Bye,bye... esok jumpa lagi.

Thursday, December 3, 2009

Saya mandi hari ini.

Assalamualaikum.Salam semua.Salam juga untuk nenda min.Hari ini hujan telah berhenti tetapi angin masih kuat bertiup.Ombak masih juga kuat .Hari ini saya dan nawwa mandi..

Wednesday, December 2, 2009

hujan.......

Salam semua. Hari ini hujan turun sangat lebat. Saya sangat sejuk. Sampai sekarang saya masih belum mandi. Semalam pun saya tak mandi. Nawwa pun tak mandi juga. Ayah kata tak mandi jimat air.......

Monday, November 30, 2009

tengok orang sembelih lembu pada hari raya

Salam. Maaf lama tak tulis. Hari raya korban keluarga saya sembelih seekor lembu. Besar lembu tu. Darah banyak sangat keluar . Tapi gambar tak ada kamera rosak.

Monday, November 23, 2009

hari penyampaian hadiah tadika saya.


Salam. Pada hari sabtu 21hb. nov. baru-baru ini tadika saya mengadakan hari ihtifalnya. Saya dan adik nawar dapat hadiah . Bagi pelajar enam tahun saya dapat tempat pertama. Bagi pelajar lima tahun nawar dapat tempat pertama. Ok. esok kita sambung lagi cerita ini. Bye.bye mama min.

Friday, November 20, 2009

tahniah kak dhirah.....

Salam . tahniah untuk kakak saya anis nadhirah. Dia dapat 4A 1B. Saya sangat gembira.

Thursday, November 19, 2009

upsr hari ini

Salam. Hari niiiiiii.... kakak saya akan dapat tahu keputusan peperiksaan upsrnya. Berapa A lah dia dapat? Saya doakan dia dapa 5A....... kalau dia dapat 5A saya nak minta aiskerim..... sedappppppnya. Nenda min nak tak aiskerim? Abang ing nak jugake?

Tuesday, November 17, 2009

ayah masak pagi ini.....

Salam. Saya bangun tidur jam 7 pagi hari ini. Sejuk sangat. Malas nak mandi. Tapi kena mandi juga.Nak tau siapa masak makanan untuk dibawa ke sekolah hari ini? Ayah sayalah. Dia goreng telor dan letak dalam roti. Ayah takut beli makanan di kedai kerana ada penyakit taun.

Monday, November 16, 2009

apa saya buat hari ini....

salam semua.... hari ini kakak berlatih nasyid untuk persembahan pada hari penyampaian hadiah.
Tajuk nasyid ialah rukun iman. ok...bye..bye dulu.... jumpa lagi esok.

Sunday, November 15, 2009

yeeee.......sekolah dah nak cuti.

Salam. saya telah selesai peperiksaan akhir tahun . syukur saya dapat tempat pertama dalam kelas saya.

Saturday, November 14, 2009

Selamat datang ke rumah saya.......

Nama saya anis nabihah. Orang panggil saya kak bihah. Umur saya enam tahun. Saya belajar di tahfiz Aulad Bukit Besar K.Terengganu.