Monday, November 30, 2009
tengok orang sembelih lembu pada hari raya
Salam. Maaf lama tak tulis. Hari raya korban keluarga saya sembelih seekor lembu. Besar lembu tu. Darah banyak sangat keluar . Tapi gambar tak ada kamera rosak.
Monday, November 23, 2009
hari penyampaian hadiah tadika saya.
Salam. Pada hari sabtu 21hb. nov. baru-baru ini tadika saya mengadakan hari ihtifalnya. Saya dan adik nawar dapat hadiah . Bagi pelajar enam tahun saya dapat tempat pertama. Bagi pelajar lima tahun nawar dapat tempat pertama. Ok. esok kita sambung lagi cerita ini. Bye.bye mama min.
Friday, November 20, 2009
tahniah kak dhirah.....
Salam . tahniah untuk kakak saya anis nadhirah. Dia dapat 4A 1B. Saya sangat gembira.
Thursday, November 19, 2009
upsr hari ini
Salam. Hari niiiiiii.... kakak saya akan dapat tahu keputusan peperiksaan upsrnya. Berapa A lah dia dapat? Saya doakan dia dapa 5A....... kalau dia dapat 5A saya nak minta aiskerim..... sedappppppnya. Nenda min nak tak aiskerim? Abang ing nak jugake?
Tuesday, November 17, 2009
ayah masak pagi ini.....
Salam. Saya bangun tidur jam 7 pagi hari ini. Sejuk sangat. Malas nak mandi. Tapi kena mandi juga.Nak tau siapa masak makanan untuk dibawa ke sekolah hari ini? Ayah sayalah. Dia goreng telor dan letak dalam roti. Ayah takut beli makanan di kedai kerana ada penyakit taun.
Monday, November 16, 2009
apa saya buat hari ini....
salam semua.... hari ini kakak berlatih nasyid untuk persembahan pada hari penyampaian hadiah.
Tajuk nasyid ialah rukun iman. ok...bye..bye dulu.... jumpa lagi esok.
Tajuk nasyid ialah rukun iman. ok...bye..bye dulu.... jumpa lagi esok.
Sunday, November 15, 2009
yeeee.......sekolah dah nak cuti.
Saturday, November 14, 2009
Selamat datang ke rumah saya.......
Nama saya anis nabihah. Orang panggil saya kak bihah. Umur saya enam tahun. Saya belajar di tahfiz Aulad Bukit Besar K.Terengganu.
Subscribe to:
Comments (Atom)