Monday, December 28, 2009
sekolah dah dekat nak buka.......
Salam semua. Tak sabar nak pergi sekolah semula. . Semua alat tulis ayah dah beli. Bestnya. Ada kasut baru, stokin baru, baju baru.... semua baruuuuu.....
Friday, December 11, 2009
welcome to terengganu
assalamualaikum nendemin.Bila nak datang ke terengganu.Boleh bihah belanja nenda makan nasi dagang terengganu.ok jumpa di terengganu.
Thursday, December 10, 2009
pantai cendering
assalamualaikum. pagi ini kami pergi ke pantai cendering. mak masak mee goreng dan kerepok. kami sarapan pagi di pantai. best sangat. nenda min nak ikut tak?
Wednesday, December 9, 2009
ambil kak jibah
Salam . semalam ikut ayah ambil kak jibah diasrama. dia telah habis periksa spm.banyak sangat barang-barangnya sampai penuh belakang kereta. ada baldi, kotak, beruang besar, macam-macam benda lagi. ayah kata kak jibah nak jual dekat pasar borong. oklah. bye,bye...nenda min. bye, bye makcik seroja.
Tuesday, December 8, 2009
adik saya menangis
Assalamualaikum semua. ini gambar adik kecil saya. dia menangis. nak tahu sebab apa dia nangis? dia nak makan ayam goreng dekat KFC. mak tak bagi sebab dia tiada gigi lagi. saya sokong adik saya sebab saya pun nak makan ayam goreng juga.....
Monday, December 7, 2009
ejaan biar betul-betul
Assalamualaikum . saya nak bagi pesan ni. tolong tulis ejaan penuh saya tak faham ayat ringkas.susah saya nak baca.jangan marah sebab saya masih kecil lagi. bye,bye
hai nenda min
assalamualaikum.hai nendamin .kenapa tak ajak bihah sama.seronoknya nendamin tengok.sorang-.sorang.
Sunday, December 6, 2009
selamat hari jadi nenda min
Salam nenda min. Berapa umur nenda? Selamat hari jadi dari kak bihah dan nawwa. Hari ini kami ke klinik kerana adik batuk.- batuk . Doktor bagi ubat.Saya tengok ayah bagi duit pada doktor.
Saturday, December 5, 2009
salam nenda min
Salam nendamin. .Nenda ada dekat mana? Bila.nak.jumpa bihah?.Bila hari jadi nendamin?Ok. Bye,bye... esok jumpa lagi.
Thursday, December 3, 2009
Saya mandi hari ini.
Assalamualaikum.Salam semua.Salam juga untuk nenda min.Hari ini hujan telah berhenti tetapi angin masih kuat bertiup.Ombak masih juga kuat .Hari ini saya dan nawwa mandi..
Wednesday, December 2, 2009
hujan.......
Salam semua. Hari ini hujan turun sangat lebat. Saya sangat sejuk. Sampai sekarang saya masih belum mandi. Semalam pun saya tak mandi. Nawwa pun tak mandi juga. Ayah kata tak mandi jimat air.......
Subscribe to:
Comments (Atom)